Siapa Kami

Kenyir For Life adalah warisan usaha pemuliharaan sebelum ini oleh Rimba untuk melindungi kawasan tadahan Kenyir di Negeri Terengganu, sambil meneruskan usaha yang dimulakan di bawah Projek Kenyir Wildlife Corridor dan kemudiannya Projek Black Cloud dan Projek Harimau Selamanya.

Sebagai kesinambungan usaha-usaha terdahulu oleh Kerajaan Negeri dan Rimba — Kenyir for Life memupuk semangat kolaborasi dan kerjasama dengan semua pihak yang sependapat daripada pelbagai sektor kearah matlamat bersama iaitu perlindungan hutan yang hanya boleh dikecapi secara tanggungjawab bersama. Organisasi di bawah merupakan antara rakan kongsi pada masa kini dan yang lepas:

Majlis Pengurusan TamanNegeri Terengganu

AKTIF

Bio

Terengganu State Parks Management Council or Majlis Pengurusan Taman-taman Negeri Terengganu is created under Section 8 of the Terengganu State Parks Enactment 2017 to manage and govern areas gazetted as state park such asSetiu Wetlands State Park, Kenyir State Park, Pulau Tenggol and Pulau Nyirih. TSPMC works with various organisations to effectively manage its parks and raise awareness about the importance of preserving mother nature among the Terengganu public through its efforts.


Nature Based Solutions

AKTIF

Bio

Nature Based Solutions adalah syarikat start-up Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 2020 untuk membangun dan melaksanakan pembiayaan mampan untuk melindungi hutan-hutan Semenanjung Malaysia. NBS bermatlamat untuk menyalurkan pelaburan dari sektor swasta kepada perlindungan kawasan tadahan air Kenyir seluar 200,000 hektar untuk menjana hasil pemuliharaan dan membantu syarikat-syarikat mencapai komitmen ESG/Kelestarian mereka.

NBS berusaha meningkatkan sumber kewangan dari pihak awam, swasta dan not-for-profit untuk menyokong usaha-usaha yang melindungi, mengurus dan memulihkan kembali ekosistem semulajadi di Malaysia.


Panthera

AKTIF

Bio

Panthera merupakan satu-satunya organisasi di dunia yang menumpu secara ekslusif dalam pemuliharaan 40 spesies kucing liar di dunia dan ekosistem mereka. Pemangsa utama seperti Harimau Malaya adalah amat penting bagi kesejahteraanhutandan haiwan lain. Oleh itu Panthera menggunakan kemahiran dan pengalaman mereka untuk menjejak pemburu haram yang mengancam ikon nasional negara yang dikasihi termasuk kucing-kucing besar lain di Malaysia dan kelangsungan hidup dalam kawasan Taman Negeri Kenyir.

Gaia

AKTIF

Bio

Gaia adalah perusahaan sosial yang bertekad untuk memulihara 9 spesies burung kenyalang yang ditemui di Taman Negeri Kenyir. Gaia mencapai objektif tersebut melalui kerjasama dengan NGO lain dan masyarakat tempatan untuk mengenalpasti status pemuliharaan spesies ikonik ini dan meningkatkan peluang pembiakan mereka. Makhluk yang agung ini penting bagi kelangsungan hidup pelbagai spesies flora di dalam kawasan taman dan persekitarannya  kerana mereka juga dikenali sebagai pekebun yang mampu terbangyang berfungsi menyebar pelbagai jenis benih pokok buah-buahan dan membantu hutan Kenyir menjana secara semulajadi.

Justice for Wildlife Malaysia

AKTIF

Bio

Justice for Wildlife Malaysia bertindak sebagai wakil guaman bagi flora dan fauna yang tidak berupaya bersuara menerusi usaha perundangan seperti peningkatkan kecelikan undang-undang dikalangan entiti pemuliharaan hidupan liar dan libat urus pendakwaraya hidupan liar untuk menambahbaik kaedah penyiasatan dan kertas kerja pendakwaan. Sistem perundangan di Malaysia mempunyai jurang besar yang menyukarkan hukuman terhadap pesalah yang menyebabkan kehilangan hidupan dalam Taman Negeri Kenyir termasuk haiwan, tumbuhan dan kesejahteraan mereka.

Rimba

TIDAK AKTIF

Bio

Rimba yang kini sudah tidak beroperasi merupakan sekumpulan saintis yang menjalankan kajian pemuliharaan untuk menghasilkan cadangan pengurusan berasaskan bukti untuk membantu pihak berkuasa mengatasi ancaman terhadap kepelbagaian biologi Semenanjung Malaysia.

Matlamat Rimba adalah untuk menghubungkan sains pemuliharaan dan amalan pemuliharaan alam sekitar — untuk bergerak secara proaktif dalam menyediakan hasil kajian kepada pengamal dan pengubal dasar supaya digunapakai secara langsung dalam operasi harian, sedia maklum dan membimbing kerja-kerja pemuliharaan di lapangan.  

Rimba telah bergiat secara aktif dalam membentuk usaha-usaha pemuliharaan di kawasan tadahan air Kenyir sejak tahun 2010 hingga 2020 dan seterusnya menyokong penubuhan NBS, Panthera Malaysia, JWM dan Projek Takop untuk meneruskan usaha tersebut.

Usaha melindungi kawasan warta dari ancaman aktiviti haram dapat dilakukan dengan adanya sokongan daripada Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (PERHILITAN), Tentera Diraja Malaysia dan Polis Diraja Malaysia. 

Melalui pendekatan kolaboratif ini, KFL berharap pada prospek bekerjasama dengan organisasi dan komuniti tempatan yang sependapat untuk mempertahankan hutan dan kepelbagaian biologi di Kenyir untuk generasi masa depan.