Kenyir for Life (KFL) merupakan projek sepanjang hayat yang bertekad menjaga kawasan tadahan air Kenyir seluas 200,000 hektar yang sebahagiannya kini diiktiraf Taman Negeri Kenyir bagi kawasan seluas 30,000 hektar oleh Kerajaan Negeri Terengganu.

 

Projek ini merupakan inisiatif jangkamasa panjang yang melibatkan pelbagai kerjasama sedia ada dan terdahulu— dari badan berkuasa, penyumbang dana serta organisasi bukan kerajaan (NGO) yang telah banyak menyumbang kepada kejayaan projek ini. Kenyir For Life bermatlamat bekerjasama mencapai empat hasil utama berikut:

 

Pemuliharaan kepelbagaian biologi

Pemantapan pengurusan Taman Negeri Kenyir

Mitigasi

perubahan

iklim

Pemerkasaan dan pendidikan komuniti tempatan

Kenyir For Life mengambil pendekatan kolaboratif bagi melindungi kawasan taman negeri seluas 30,000 hektar. Perkara ini dapat dicapai melalui kerjasama Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu (MPTN) dengan Nature Based Solutions yang mengolah kepakaran rakan kongsi lain yang diperlukan dan beroperasi dalam kapasiti terbaik mereka bagi memastikan Taman Negeri Kenyir dan penghuninya bebas daripada sebarang ancaman.

 

Setiap rakan kongsi menyokong komponen pengurusan dan perlindungan taman yang pelbagai melalui penyelarasan kaedah pemuliharaan yang berbeza, libat urus komuniti tempatan dan pemantauan kepelbagaian biologi demi memastikan perlindungan kawasan tersebut secara menyeluruh.

Taman Negeri Kenyir merupakan habitat semula jadi hutan dipterokarpa tanah pamah-gunung yang kaya dengan kepelbagaian biologi dan sensitif terhadap perubahan ekologi di mana kawasan tersebut sebelum ini dikelaskan sebagai hutan simpan pengeluaran untuk pengurusan hasil balak secara selektif.

Pada 10 Mei 2018, dengan sokongan Kerajaan Negeri Terengganu, 30,000 hektar kawasan tadahan air Kenyir telah diwartakan sebagai Taman Negeri Kenyir — sekaligus menghentikan ancaman kemusnahan dan kemerosotan habitat.

Walaupun begitu, kawasan taman negeri masih terdedah kepada ancaman pemburuan haram. Kerjasama Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu dan rakan-rakan NGO membolehkan ancaman pemburuan haram ditangani menerusi pengurusan taman dan pemantauan penguatkuasa di kawasan tersebut. Perlindungan penuh menjadikan Taman Negeri Kenyir sebagai sebuah tempat berlindung yang selamat dan stabil untuk kelangsungan hidup semua makhluk tanpa gangguan manusia yang memudaratkan.

0/8

spesies kucing liar Semenanjung Malaysia

0/10

spesies burung kenyalang Malaysia

0

spesies reptilia

0

spesies tumbuh-tumbuhan

0

spesies mamalia

0

spesies burung

Keseluruhan spesies mamalia daratan yang besar boleh ditemui di kawasan tadahan Kenyir, termasuk 16 spesies terancam yang dikategorikan di dalam Senarai Merah oleh International Union for Conservation of Nature (IUCN). Spesies terancam yang terdapat di sini termasuk Tenggiling Sunda, Harimau Malaya, Harimau Dahan, Dhole Asiatik, Beruang Matahari Malaya, Tapir Asia, Ungka Tangan Putih, Gajah Asia dan Keluang Besar.

Tambahan pula, lebih 316 spesies burung telah direkodkan di Kenyir, termasuk 9 daripada 10 spesies burung kenyalang.

 

(Pekebun hutan yang penting dan berupaya terbang, penyebar benih tumbuhan tertentu).

Hutan Simpan Tembat yang turut merangkumi Taman Negeri Kenyir juga diiktiraf sebagai Kawasan Tumbuhan Penting (IPA, Tahap Keutamaan 1) dan habitat bagi tumbuhan berbunga yang bersifat parasitik daripada famili Rafflesia, termasuk Rizanthes infanticida, atau nama tempatannya Pakma Tikus, yang kurang dikenali.

Taman Negeri Kenyir bertindak sebagai kawasan penampan semulajadi bagi Taman Negara dan koridor hidupan liar yang kritikal dalam menyediakan rangkaian hutan dan habitat berkualiti tinggi bagi pembiakan flora dan fauna serta berperanan menghubungkan Taman Negara dan seluruh kawasan tadahan Kenyir.

 

Pelan Induk Rangkaian Ekologi Central Forest Spine (CFS) dan Rancangan Fizikal Negara menyedari kepentingan Taman Negeri Kenyir sebagai -rangkaian utama T-PL1 (dahulu dikenali sebagai PL-7) dan kawasan sensitif alam sekitar (Kelas 1). Sehingga kini, ia merupakan satu-satunya rangkaian utama CFS yang dilindungi sepenuhnya.

Satu aspek utama yang mempengaruhi perlindungan dan pemuliharaan Taman Negeri Kenyir ialah komuniti yang menetap di sekitar kawasan tadahan Kenyir kerana mereka mempunyai hubungan yang paling erat dengan kawasan tersebut. Komuniti-komuniti ini terdiri daripada beberapa kampung Melayu dan Orang Asli yang bukan sahaja bergantung kepada sumber alam dari Taman Negeri Kenyir malah memberi kesan langsung kepadanya. Bagi mereka, Tasik Kenyir dan hutan sekelilingnya penting sebagai sumber mata pencarian mereka dan melambangkan cara hidup dan budaya mereka sejak turun temurun – terutama bagi Orang Asli. Di antara aktiviti mata pencarian oleh komuniti ialah dari aktiviti pelancongan seperti operasi rumah bot dan bot laju, memancing dan mengumpul hasil hutan seperti madu Tualang.

Selain kekayaan kepelbagaian biologinya, Taman Negeri Kenyir memberikan pelbagai perkhidmatan ekosistem yang menyokong kehidupan rakyat Negeri Terengganu seperti bekalan air bersih, pengurangan kesan banjir, penyerapan karbon, kawalan hakisan tanah, simpanan dan kitaran nutrien, ejen pendebungaan pokok paya dan buah-buahan, sumber pendapatan pelancongan serta kelangsungan sumber perikanan.

 

Alam semulajadi merupakan satu ekosistem besar yang menghubungkan kita semua. Oleh itu, pemeliharaan hutan semulajadi yang luas dan segala yang ada di dalamnya adalah sangat penting.